KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Eco World Development Group Bhd, Eco World Perpetual Capital Bhd melancarkan Program Sukuk Wakalah Dinilai kekal dengan nilai nominal berjumlah RM2.0 bilion.
Keseluruhan program bernilai RM2.0 bilion itu dijamin oleh EcoWorld dan diberikan penarafan kredit akhir A IS(CG) dengan prospek stabil oleh MARC Ratings Bhd.
Syarikat itu berkata anak syarikat berkenaan berjaya memuktamadkan terbitan pertama di bawah program itu, sekali gus mengumpul RM800 juta, menurut makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Hasil daripada terbitan sukuk kekal bernilai RM800 juta itu akan digunakan oleh EcoWorld dan entiti kumpulannya bagi keperluan modal kerja, pelaburan, pengambilalihan dan perbelanjaan modal; pembiayaan semula atau pembayaran balik hutang sedia ada atau pembiayaan patuh Syariah pada masa depan; dan/atau tujuan korporat am, katanya.
“Terbitan sukuk kekal bernilai RM800 juta itu merangkumi dua tranche. Tranche 1 berjumlah RM550 juta diterbitkan dengan kadar tetap dan tidak boleh ditebus selama tujuh tahun, dengan tarikh penebusan pilihan pertama selepas tujuh tahun.
“Tranche 2 pula bernilai RM250 juta, diterbitkan dengan kadar tetap dan tidak boleh ditebus selama 10 tahun, dengan tarikh penebusan pilihan pertama selepas 10 tahun,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial