AM

PM Dijadual Umum Inisiatif Baharu MITRA Untuk Masyarakat India Esok - Ramanan

18/08/2025 05:59 PM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengumumkan beberapa inisiatif baharu di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi manfaat masyarakat itu di Parlimen esok.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan yang bertanggungjawab menjawab soalan serta isu berkaitan hal ehwal masyarakat India dan MITRA pada sesi penggulungan perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata inisiatif itu diyakini mampu memberi impak lebih besar kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat India dalam memastikan mereka akan terus dibela dan mendapat nikmat daripada pembangunan negara.

“PM Anwar akan mengumumkan beberapa inisiatif baharu MITRA untuk masyarakat India pada MQT (Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri) di Dewan Rakyat esok.

“Langkah ini juga mencerminkan tekad berterusan Kerajaan MADANI dalam mengangkat peranan masyarakat India sebagai rakan pembangunan negara menerusi pendekatan yang inklusif, progresif dan berteraskan impak menyeluruh,” katanya.

Ramanan juga berkata Kerajaan MADANI akan menggunakan pendekatan baharu yang lebih strategik dan efektif dalam merangka inisiatif serta program baharu di bawah MITRA.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan