JENAYAH & MAHKAMAH

REMAJA LELAKI DITEMUKAN LEMAS DALAM PARIT DI BATU PAHAT

12/08/2025 06:07 PM

BATU PAHAT, 12 Ogos (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemukan lemas di dalam parit berhampiran Dewan Orang Ramai Parit Senah, Parit Ya’ani Tengah dekat Yong Peng pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.48 pagi.

Menurut Kenyataan itu, sebanyak tujuh anggota bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Hasil maklumat di lokasi mendapati remaja terbabit ditemukan di dalam parit berhampiran dewan dan telah dibawa naik oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba, serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pasukan keluaran operasi bomba bertindak membuat pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar bagi memastikan keadaan selamat sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 11.38 pagi,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan