KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengeluarkan senarai penuh pelantikan barisan kepimpinan sayap itu bagi penggal 2025-2028, hasil mesyuarat pertama Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMK), semalam.
AMK dalam satu kenyataan menyatakan harapan agar mereka akan dapat menjalankan tugas dan amanah diberikan dalam memberi khidmat kepada akar umbi dan masyarakat keseluruhannya.
“Selain itu, beberapa agenda mesyuarat telah dibincangkan bagi memperkukuh peranan AMK sebagai wadah utama suara anak muda dalam politik Malaysia serta mendepani cabaran semasa dengan pendekatan lebih inklusif dan progresif.
“AMK juga komited untuk terus memperkemas penyampaian penerangan dan komunikasi serta menetapkan kerangka strategik yang jitu bagi mendepani pilihan raya akan datang,” menurut kenyataan itu.
Berikut senarai kepimpinan AMK penggal 2025-2028:
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial