KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di kebanyakan negeri hingga 9 malam ini.
Menurut MetMalaysia, amaran itu melibatkan keseluruhan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Labuan.
Sementara di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta dan Perak Tengah; Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) serta Terengganu (Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman).
Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin; Selangor (Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Jelebu di Negeri Sembilan.
Kawasan yang diramalkan terjejas di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat.
Sementara di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) dan Limbang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial