KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal Nabimah Mohammed yang hidup serba daif di Kampung Tebing Tinggi, Balok, Kuantan.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi semasa melawat kediaman wanita itu dalam kerangka Ziarah MADANI.
Ahmad Farhan berkata selain diuji dengan masalah kesihatan seperti darah tinggi dan sejarah tiroid, Nabimah turut menghadapi kesukaran tinggal di rumah yang serba daif dengan atap bocor, lantai reput dan tidak lagi selamat untuk didiami.
"Kami akan meneliti bentuk bantuan yang wajar bagi meringankan beban dan memperbaiki keadaan kediaman beliau," katanya dalam hantaran di Facebook yang turut dikongsi oleh Perdana Menteri hari ini.
Ahmad Farhan berharap bantuan berkenaan mampu memberi harapan baharu buat ibu tunggal itu yang telah lama berjuang dalam diam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial