IPOH, 17 Sept (Bernama) -- Polis memburu seorang lelaki disyaki terlibat kes pecah rumah di Lapangan Perdana di sini pada 13 Sept.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian berlaku 2.48 petang dan suspek memakai topi biru serta pelitup muka telah memecahkan penyelak pintu jeriji.
“Suspek melarikan diri menggunakan kereta Proton Persona bernombor pendaftaran BMH 7286 yang dilaporkan hilang di Taman Rishah di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan kes pecah rumah dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala kecurian kereta Seksyen 379A kanun sama.
Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh menerusi talian 05-245 1542 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial