AM

Sabah Electricity Laksana Penggiliran Bekalan Elektrik

16/09/2025 02:43 PM

TAWAU, 16 Sept (Bernama) -- Sabah Electricity melaksanakan empat jadual penggiliran bekalan elektrik di Tawau bermula pada hari ini.

Sabah Electricity dalam kenyataan memaklumkan anggaran masa bagi pembekalan elektrik berkenaan ialah selama tiga jam bagi setiap giliran.

Giliran 1 adalah pada 12 tengah malam hingga 3 pagi dan 12 tengah hari hingga 3 petang, melibatkan kawasan antaranya Kampung Pasir Putih Blok A dan Blok B, Taman Wawasan, kawasan kedai Genting Mas Mall Jalan Utara, Kampung Muhibbah Bal, Taman Sawit 1, 2 dan 3 termasuk Kawasan Jalan Apas Batu 17.

Bagi Giliran 2 dari 3 pagi hingga 6 pagi dan 3 petang hingga 6 petang, kawasan terlibat merangkumi Taman Air Panas, Taman Rainbow, Taman Desa Ranggu, Batu 2 Lorong Saddani, Bandar Sri Indah Fasa 4B (Type A dan B) serta Taman Apas Permai 1 dan 2.

Kawasan bagi Giliran 3 yang bermula dari 6 pagi hingga 9 pagi dan 6 petang hingga 9 malam, termasuk Tanjung Batu Keramat, Pejabat Klinik Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kuarters KKM, kawasan pasar baru, Taman Megah Ria, Kuarters Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Taman Muhibbah Indah.

Di samping itu, antara kawasan terlibat bagi Giliran 4 (9 pagi hingga 12 tengah hari dan 9 malam hingga 12 tengah malam) ialah Unijaya Air Panas, Kampung Wakuba Gading, Taman Sejati, Taman King Fook, Sin Onn Tiku, Pasaraya Giant dan LA Hotel.

“Bagaimanapun, anggaran masa dan tempoh pembekalan elektrik berkenaan bergantung pada sistem rangkaian di Tawau pada waktu itu,” menurut kenyataan itu.

Sabah Electricity memaklumkan pengguna terjejas boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui talian Hotline 15444 atau 088-515000, selain talian 019-8525427 atau layari Facebook rasmi Sabah Electricity Careline.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan