KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia yang akan disambut esok.
Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar Malaysia sentiasa dirahmati Allah SWT dengan keamanan yang berpanjangan dan dilindungi daripada sebarang musibah.
Menurut hantaran itu, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur atas perpaduan serta semangat muafakat dalam kalangan rakyat berbilang kaum yang terus menjadi tunjang kekuatan negara sejak dahulu.
Sambutan Hari Malaysia 2025 yang bertemakan 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni' akan berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth esok, dengan menampilkan pelbagai pengisian menarik mulai pukul 9 pagi.
Edisi kali ini diadakan di Pulau Pinang selaras dengan amalan penggiliran lokasi sambutan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia setiap tahun.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial