SUKAN

Piala FA: Negeri Sembilan Sukar Digugat, Mara Ke Suku Akhir

13/09/2025 12:03 AM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Negeri Sembilan FC melangkah ke pusingan suku akhir Piala FA menerusi agregat 5-1 biarpun tewas kepada PDRM FC 0-1 pada aksi kedua Pusingan 16 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Skuad Jang kendalian Mohd Nidzam Jamil yang selesa membawa bekalan lima jaringan pada pertembungan pertama sebelum ini, bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan seawal minit keempat PDRM hasil jaringan Muhammad Fakhrul Azim Mohd Zulphatah.

Memasuki babak kedua, Negeri Sembilan mengorak langkah dengan beberapa percubaan ke arah gawang gol PDRM, namun berjaya digagalkan penjaga gol Nor Hakeem Hamidun.

Keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat ditiup.

Negeri Sembilan dijadualkan bertemu sama ada Selangor FC atau Malaysian University Football Team (MUFT) di suku akhir pada 17 Okt.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan