JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Maut, Isteri Cedera Kereta Terbabas Di Ipoh

10/09/2025 11:26 AM

IPOH, 10 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas kereta mereka terbabas dan terbalik di hadapan sebuah kedai perabot di Jalan Sultan Idris Shah di sini, pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 8.06 pagi sebelum sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Corolla Altis dengan seorang lelaki berusia 55 tahun tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Isteri mangsa berusia 48 tahun mengalami kecederaan ringan, menerima rawatan awal dan seterusnya dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan menggunakan peralatan hidraulik sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada 8.53 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan