Oleh Voon Miaw Ping
BEIJING, 2 Sept (Bernama) -- Presiden China Xi Jinping mengirim salam hormat kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Xi meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan salam berkenaan semasa pertemuan mereka di Great Hall of the People di sini pada Selasa.
Mengimbau lawatan negaranya ke Malaysia pada April lepas, Xi berkata layanan mesra yang diberikan kerajaan dan rakyat Malaysia sepanjang lawatan itu telah meninggalkan kenangan yang indah dan berkekalan kepadanya.
Beliau menyatakan semasa lawatan berkenaan, kedua-dua pihak turut mencapai persefahaman penting dalam membina Komuniti Berkongsi Nasib China-Malaysia yang berkongsi masa depan bersama.
“Sejak terjalinnya hubungan diplomatik lebih 50 tahun lepas, kedua-dua negara telah saling mendukung dalam menghadapi perubahan global dan melangkah seiringan dalam usaha pemodenan, sekali gus membuka tirai era baharu ‘50 tahun keemasan’ hubungan China-Malaysia," kata Xi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial