BINTULU, 1 Sept (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam parit di Jalan Sebaru di sini semalam ditemukan lemas malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan mangsa dikenali sebagai Ricky Peter Bandang berusia tujuh tahun.
"Sebaik sahaja menerima panggilan pada 8.45 malam, pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah digerakkan ke lokasi yang jaraknya terletak sejauh enam kilometer.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.
Pasukan operasi bertindak menggunakan teknik pencarian di permukaan dan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 10.07 malam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial