KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Rakyat Malaysia dipelawa untuk bersama-sama menyemarakkan Malam Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza sebagai lambang solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin, di Dataran Merdeka pada 23 Ogos ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata kehadiran orang ramai ke program itu ialah simbol persaudaraan sejagat dan bukti bahawa Palestin sentiasa di hati rakyat Malaysia.
“Ayuh rakyat Malaysia, kita himpunkan hati-hati yang cintakan kebenaran, satukan suara-suara yang mendamba keadilan.
“Mari kita berdiri sebaris, sejiwa, dan sepadu dalam Malam Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza sebagai tanda cinta, doa dan solidariti buat saudara seagama kita,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Beliau mengajak orang ramai menzahirkan kasih sayang, keberanian dan tekad supaya dunia memahami bahawa umat Islam tidak pernah berpaling daripada nasib saudara mereka di Palestin.
Malam Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza diadakan bersempena di Dataran Merdeka pada 23 Ogos ini bermula 6.30 petang hingga 11.30 malam, bersempena Karnival Sumud Nusantara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial