AM

145 Projek PR1MA Pahang Dirancang Bagi Rakyat Miliki Rumah Mampu Milik - Wan Rosdy

08/08/2025 06:26 PM

KUANTAN, 8 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 145 projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang dirancang sehingga kini, antara lain bagi menyediakan perumahan mampu milik yang selesa dan berkualiti kepada rakyat negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata sebanyak 8,614 unit rumah telah siap dibina dan diserahkan kepada pemilik, manakala 2,653 unit lagi sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan.

“Selebihnya pula dalam fasa perancangan yang akan digerakkan secara berperingkat mengikut potensi pembangunan kawasan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Pahang Sri Damai dan Majlis Pelancaran PR1MA Pahang Pandan dan Sungai Soi di pekarangan PR1MA Sri Damai di sini hari ini.

Pada majlis itu, Wan Rosdy menyerahkan kunci kepada 196 pemilik rumah PR1MA Pahang Sri Damai selain melancarkan 266 unit melibatkan dua fasa PR1MA Pahang Pandan dan 110 unit rumah berkembar PR1MA Pahang Sungai Soi.

Sementara itu, beliau berkata penyediaan rumah berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan Pahang untuk kesejahteraan rakyat. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan