KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah memainkan peranan besar dalam membentuk pemikiran dan idealisme generasi muda sejak penubuhannya pada 6 Ogos 1971, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran Facebook hari ini, beliau berkata sebagai gerakan dakwah dan kebajikan yang berakar daripada semangat keilmuan dan keinsafan sosial, ABIM menjadi wadah penting dalam melahirkan pemimpin yang berintegriti dan berjiwa rakyat.
"Selamat Ulang Tahun ke-54 kepada ABIM, moga terus menjadi suara moral umat, mendepani cabaran zaman dengan hikmah dan keberanian, serta kekal menjadi rakan strategik negara dalam membina masa depan yang lebih saksama dan bermaruah untuk semua," katanya.
Anwar yang juga bekas Presiden ABIM berkata, kerajaan mengiktiraf sumbangan besar pertubuhan itu dalam memperkukuh kefahaman Islam yang progresif, mendorong perubahan sosial yang adil, dan menjulang agenda pembangunan insan yang seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial