"Pasukan selam telah menurunkan Remotely Operated Vehivle (ROV) untuk membantu pencarian, namun hingga 6.50 petang tadi tiada sebarang penemuan atau petunjuk positif diperoleh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamiludin berkata dua mangsa yang selamat, iaitu Volkan Ata dan Ates Demiroren, 42, telah dibenarkan keluar dari hospital setelah keadaan kesihatannya stabil.
"Maritim Malaysia meminta semua pihak yang mempunyai maklumat atau terlihat sebarang objek mencurigakan di sekitar kawasan kejadian melaporkan segera kepada pihak berkuasa atau Pusat Operasi Maritim Terengganu melalui talian 09-6224357," katanya.
Sebelum ini, dilaporkan tiga lelaki warga Turkiye yang juga peserta pelayaran merancang melakukan siri jelajah mengelilingi benua dari Malaysia ke negara asal mereka pada Isnin lepas.
Bagaimanapun pada petang Selasa, kapal layar Daisy yang dinaiki mereka karam selepas dilanda ribut di perairan Pulau Yu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial