AM

Perancis Boleh Jadi Penanda Aras Tenaga Nuklear Bagi Penjanaan Elektrik - Fadillah

14/05/2025 12:37 AM

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia boleh menjadikan Perancis sebagai contoh dan penanda aras dalam mempertimbangkan opsyen tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kejayaan Perancis membangunkan 57 loji janakuasa nuklear yang membekalkan hampir 70 peratus tenaga elektrik negara itu, wajar dijadikan rujukan.

Beliau kini berada di negara berkenaan bagi menghadiri sesi perkongsian ilmu bersama pihak berkuasa dan agensi utama yang terbabit dalam kawal selia, tadbir urus serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi nuklear.

“Sesi ini telah memberi peluang untuk memahami peranan dan fungsi penting institusi berkaitan kawal selia dan tadbir urus nuklear di Perancis, selain program dan perkhidmatan sokongan kepada negara yang berminat melaksanakan program nuklear.

“Antaranya termasuk sokongan kepada negara baharu (EDF), pembangunan kapasiti sumber manusia (I2EN), sokongan kejuruteraan (Assystem), kerangka kawal selia (ASNR), pengurusan sisa (ANDRA) serta R&D dan inovasi (CEA),” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan