JENAYAH & MAHKAMAH

PGA Rampas 70 Guni Mercun Bola Di Rantau Panjang

11/08/2025 07:13 PM

KOTA BHARU, 11 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 70 guni mercun bola bernilai kira-kira RM89,000 termasuk sebuah kenderaan dirampas dalam Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan pangkalan haram Terusan dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada 1.30 tengah hari selepas pihaknya mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek yang memandu kenderaan itu bertindak melarikan diri menaiki perahu menuju ke Thailand sebaik menyedari kehadiran polis. 

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemukan 70 guni berisi mercun bola yang dipercayai untuk pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan