KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga 11 pagi ini.
Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah iaitu di daerah Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik, serta beberapa kawasan di Pulau Pinang iaitu di barat daya dan barat laut negeri itu serta Seberang Perai Utara.
Keadaan cuaca sama turut diramalkan di beberapa kawasan di Perak iaitu di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Selangor pula melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
Amaran tersebut turut membabitkan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka, Johor (Tangkak) dan Sabah (Tawau dan Semporna).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial