KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Imam Masjid an-Nabawi Shaikh Dr Salah Muhammad Al-Budair menzahirkan penghargaan terhadap jemaah Malaysia yang disifatkan sebagai bersantun, beradab serta berdisiplin tinggi dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi sepanjang musim haji.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan kunjungan hormat Shaikh Dr Salah ke atas beliau di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.
Ahmad Zahid berkata dalam pertemuan penuh makna itu, Shaikh Dr Salah turut memuji pendirian Malaysia yang konsisten berpegang kepada manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah, yang menjadi teras kepada kestabilan dan keharmonian umat Islam di negara ini.
“Saya mendoakan agar Allah SWT terus memberkati usaha dakwah TYT Shaikh Dr Salah dan mengurniakan kekuatan kepada beliau untuk terus menyebarkan cahaya ilmu kepada umat. Insya-Allah,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial