KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kemalangan jalan raya membabitkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak pagi tadi.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau juga menyeru supaya bantuan sewajarnya disalurkan kepada mangsa dan ahli keluarga yang terlibat.
Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga semua anggota FRU yang terkorban dalam nahas tersebut.
"Saya turut mendoakan agar kesemua yang cedera dalam insiden ini diberikan kesembuhan sesegera mungkin selain dipermudahkan segala urusan," katanya.
Sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan pagi tadi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial