AM

Kerja Baik Pulih Paip Pecah Di Sungai Way Dijangka Siap Malam Ini

11/08/2025 06:37 PM

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerja-kerja membaik pulih paip usang yang pecah di Sungai Way, berhampiran jambatan kabel Lebuhraya Persekutuan/Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), dijangka siap pada 9 malam ini.

Jurucakap Air Selangor memaklumkan setakat 4 petang ini, sebanyak 60 peratus kerja pembaikan paip bersaiz 600 milimeter (mm) jenis simen asbestos itu telah siap. 

“Masalah berpunca daripada paip usang yang pecah. Kerja baik pulih telah bermula pada pukul 9.45 malam, Sabtu lalu dan dijangka siap pada pukul 9 malam ini.

“Kelewatan berlaku kerana jajaran paip yang pecah adalah panjang, kira-kira 25 meter, dan terdapat banyak jajaran paip syarikat utiliti lain di tapak yang menyukarkan kerja korekan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Insiden itu menyebabkan gangguan bekalan air di kawasan SS 7, Glenmarie Golf & Country Club, PJU 1A Kelana Idaman, SS 3, Hyatt Saujana / Saujana Glenmarie, Jalan U1/13, Citta Mall dan Taman Perindustrian Hicom Glenmarie sejak Sabtu lepas.

Menurut Air Selangor, pihaknya telah menggerakkan sembilan lori tangki untuk memberikan bantuan bekalan air di kawasan terjejas sejak 8 pagi semalam. 

Bekalan air alternatif melalui lori akan diteruskan sehingga kerja-kerja tersebut siap dan bekalan pulih sepenuhnya, menurut syarikat itu. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan