BERITA TERGEMPAR | Coordination of aid for Pantai Dalam fire victims, meeting sessions with victims and shop operators to be arranged – Fahmi | |
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengucapkan Selamat Menyambut Hari ASEAN ke-58 yang disambut hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata sebagai negara anggota, Malaysia komited untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik, perdagangan, keselamatan, pendidikan, dan kebudayaan demi kemakmuran bersama.
“Hari ini kita meraikan perpaduan, kerjasama dan persahabatan serantau yang telah dibina sejak penubuhan ASEAN pada 8 Ogos 1967,” katanya.
Hari ASEAN disambut setiap tahun pada 8 Ogos untuk memperingati penubuhan ASEAN dan pada tahun ini, Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN buat kali kelima selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Ditubuhkan pada 1967 dengan menandatangani Deklarasi Bangkok, ASEAN bertujuan menggalakkan kerjasama politik dan ekonomi serta kestabilan serantau dalam kalangan anggotanya.
ASEAN dianggotai 10 negara terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam.
Sambutan Hari ASEAN tahun ini yang bertemakan "Ke Arah Masa Depan ASEAN yang Inklusif dan Lestari" dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Cyberjaya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial