AM

RUU Racun (pindaan) 2025 Dibentang Bagi Bacaan Kali Pertama

22/07/2025 05:57 PM

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Racun (Pindaan) 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat dalam persidangan kali ini.

Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen, RUU berkenaan bertujuan meminda Akta Racun 1952 (Akta 366) yang antaranya meminda Seksyen 2 Akta 366 dalam takrif 'authorised officer' untuk memasukkan pegawai polis daripada apa-apa pangkat dan orang yang dilantik oleh Menteri Kesihatan di bawah Seksyen 31A sebagai pegawai diberi kuasa.

Fasal itu juga bertujuan untuk meluaskan skop takrif 'premises' termasuklah mana-mana tanah, bangunan atau bahagian mana-mana bangunan, apa-apa pepasangan di atas tanah, luar pesisir atau lain-lain dan mana-mana struktur boleh alih atau tidak, hendaklah terpakai bagi keseluruhan akta berkenaan.

Pindaan itu turut memasukkan seksyen baharu 31A untuk memberi kuasa kepada Menteri Kesihatan melantik mana-mana orang sebagai pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta 366.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan