DUNIA

Syria: Puak Bersenjata Berundur Dari Suwayda Selaras Perjanjian Gencatan Senjata

20/07/2025 05:27 PM

SUWAYDA (Syria)/ISTANBUL, 20 Julai (Bernama-Anadolu) -- Wakil puak di wilayah selatan Syria, Suwayda pada Sabtu mengumumkan bahawa mereka telah mengundurkan elemen bersenjata dari bandar itu selaras dengan perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Menerusi perbincangan bersama semua anggota suku dan puak di Suwayda, kami memutuskan untuk mematuhi perjanjian gencatan senjata, mengutamakan pertimbangan rasional dan kawalan diri, serta memberi ruang kepada institusi sah negara untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam mengembalikan keamanan dan kestabilan.

“Sehubungan itu, kami mengisytiharkan bahawa semua pejuang kami telah diundurkan dari bandar Suwayda,” menurut kenyataan bersama mereka.

Wakil puak itu turut mengeluarkan amaran sekiranya berlaku pelanggaran terhadap perjanjian gencatan senjata:

“Sekiranya mana-mana kumpulan haram melanggar perjanjian ini, suku dan puak Syria akan bertindak tegas,” tambah kenyataan itu.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan