AM

Raja Perlis Tegur 'Little Napoleon' Dalam MPKangar

24/06/2025 09:10 PM

KANGAR, 24 Jun (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menegur beberapa pegawai Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) yang disifatkan sebagai 'Little Napoleon' kerana tidak melaksanakan tugas dengan baik, sekali gus mencemarkan nama baik majlis perbandaran itu.

Baginda bertitah MPKangar secara keseluruhannya menjalankan tanggungjawab dengan baik, namun masih terdapat segelintir pegawai yang perlu segera mengubah sikap dan cara bekerja.

“Saya sendiri pernah berurusan dengan pegawai MPKangar yang menunjukkan sikap dan cara kerja yang perlu diubah. Saya berharap semua kakitangan MPKangar sedar akan tanggungjawab masing-masing.

“Tolong ubah sikap dan cara kerja agar kita dapat bersama-sama menikmati membangunkan negeri ini,” titah baginda ketika berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Wisma MPKangar di Persiaran Wawasan di sini hari ini.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Menteri Besar Mohd Shukri Ramli dan Yang Dipertua MPKangar Affendi Rajini Kanth.

Dalam pada itu, baginda turut mengingatkan semua pegawai kerajaan di negeri ini, khususnya yang berurusan secara langsung dengan rakyat supaya sentiasa mengamalkan sikap mesra dan profesional ketika menjalankan tugas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan