KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung ke pameran interaktif AiNNOVATION 2025, yang berlangsung empat hari bermula semalam hingga Ahad ini di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya.
KPJ Healthcare dalam kenyataan hari ini memaklumkan pameran bertemakan "Memacu Inovasi dan Keterangkuman Melalui AI” itu mengetengahkan secara langsung usahanya ke arah memperkasakan pengalaman pesakit menerusi teknologi pintar termasuk teknologi diagnostik berasaskan AI (kecerdasan buatan), rekod kesihatan digital serta pemulihan robotik.
Menurut KPJ Healthcare, satu daripada tarikan utama ialah pameran interaktif Patient Journey, yang menampilkan transformasi penjagaan kesihatan dari sesi rundingan awal hingga ke penjagaan susulan.
"AiNNOVATION 2025 turut menyaksikan penyertaan daripada rangkaian hospital KPJ seluruh negara, Universiti KPJ Healthcare, Pusat Penyelidikan dan Inovasi KPJ serta Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2025.
"Selain pameran inovasi, pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai aktiviti interaktif menarik seperti pemeriksaan dan ceramah kesihatan percuma oleh pakar-pakar KPJ, cabaran robotik untuk kanak-kanak, sesi kecergasan dan kesihatan seperti zumba, body combat, line dance dan PoundFit," menurut kenyataan itu.
Menerusi acara itu juga, pengunjung boleh menyaksikan demonstrasi memasak dan permainan berkaitan dengan kesihatan, penampilan istimewa oleh pempengaruh media sosial serta tawaran dan hadiah ekslusif daripada rakan kerjasama yang mengambil bahagian.
AiNNOVATION 2025 dibuka percuma kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 10.30 malam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial