AM

Aliran Trafik Masih Tinggi, Dijangka Kelewatan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

06/06/2025 11:28 PM

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Aliran trafik dilaporkan tinggi di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota sempena sambutan Aidiladha, esok.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata setakat 10.30 malam ini, trafik dilaporkan perlahan di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

“Selain itu aliran trafik perlahan turut dikesan di PLUS laluan E2 arah Utara dari Plaza Tol Skudai hingga Sedenak dan Yong Peng ke Pagoh manakala arah Selatan pula perlahan dari ⁠Southville City ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban dan ⁠Bandar Ainsdale ke Senawang.

“Bagi PLUS laluan E1, arah Utara dijangka kelewatan dari ⁠Bukit Lanjan ke Rawang, ⁠Sungkai ke Bidor, ⁠Bidor ke Tapah, ⁠Tapah ke Gopeng dan Perai ke Bertam,” katanya kepada Bernama hari ini.

Berdasarkan pemerhatian menerusi laman media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lebuhraya KLK dilihat sesak arah Timur dari Gombak ke Bukit Tinggi dan Lentang ke Bentong.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau saluran WhatsApp LLM Info Trafik serta laman X @llmtrafik.

Sementara itu di KELANTAN, aliran trafik bagi kedua-dua pintu sempadan di Gua Musang-Kuala Lipis dan Terengganu-Kelantan menerusi jalan Pasir Puteh berjalan lancar sehingga 9.30 malam ini selepas berlaku sedikit kesesakan petang tadi.

Jurucakap polis negeri memaklumkan pihaknya mempersiapkan anggota bagi melakukan pemantauan dan kawalan terhadap lalu-lintas di kedua-dua kawasan pintu sempadan itu bagi memastikan laluan trafik kekal lancar

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan