AM

Cabar Fatwa: JAIS Seru Masjid, Surau Anjur Solat Hajat

06/06/2025 08:47 PM

SHAH ALAM, 6 Jun (Bernama) -- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyeru semua masjid dan surau di Selangor mengadakan solat hajat khas selepas solat fardu Jumaat hari ini bagi memohon pertolongan  berhubung kes mencabar keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. 

Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata sebagaimana dimaklumi Sister In Islam (SIS) Forum Malaysia dan seorang lagi perayu memfailkan semakan kehakiman terhadap jawatankuasa itu, JAIS dan kerajaan negeri yang mempertikaikan keabsahan fatwa yang dikeluarkan pada 17 Julai 2014.

Beliau berkata SIS Forum Malaysia mencabar fatwa itu di Mahkamah Tinggi pada 2020 dan kemudian dirayu di Mahkamah Rayuan Putrajaya, secara majoriti panel menolak rayuan berkenaan pada 14 Mac 2023.

“Gagal di Mahkamah Rayuan, SIS Forum Malaysia membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha mencabar keabsahan fatwa itu, rayuan berkenaan akan diputuskan di Mahkamah Persekutuan pada 19 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan. 

Mohd Shahzihan berkata seruan mengadakan solat hajat itu dibuat bagi memohon agar Allah SWT terus memelihara kesucian agama Islam di Selangor dan memberi kebaikan serta pertolongan kepada pihak Mahkamah Persekutuan dalam membuat keputusan mengenai rayuan berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan