JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Tahan Ibu, Bapa Saudara Bantu Siasatan Kes Kanak-Kanak Maut Jatuh Dari Tingkat 30

06/06/2025 08:07 PM

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Polis menahan ibu dan bapa saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah pangsapuri di  Bukit Jalil di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata kedua-dua mereka yang merupakan warga Indonesia berusia 25 dan 27 tahun, direman hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata semakan mendapati bapa kanak-kanak terbabit adalah warga tempatan dan berkahwin dengan ibu mangsa yang merupakan warga Indonesia.

“Hasil bedah siasatan yang dilakukan, kanak-kanak terbabit maut selepas mengalami pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari tempat tinggi. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan polis menerima panggilan kecemasan pada 11.17 pagi berhubung seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan