DUNIA

Tragedi Kuari Cirebon: Satu Lagi Mayat Mangsa Ditemukan

02/06/2025 07:35 PM

JAKARTA, 2 Jun (Bernama) -- Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di kuari batu Gunung Kuda, Jawa Barat ditemukan, menjadikan jumlah kematian akibat tragedi itu kini adalah 20 orang, menurut agensi bencana Indonesia pada Isnin.

Mangsa, seorang lelaki berusia 51 tahun dari kampung Girinata di daerah kecil Dukuputang ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 10.30 pagi waktu tempatan, kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Abdul Muhari.

“Lima orang masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tanah runtuh yang melanda kuari batu kapur di Kabupaten Cirebon pada 30 Mei lepas menyebabkan puluhan pekerja tertimbus di bawah runtuhan batu.

Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan darurat dari 30 Mei hingga 6 Jun, dengan pasukan polis, tentera dan penyelamat berganding bahu dalam operasi menyelamat.

BNPB turut menggesa pasukan penyelamat mengutamakan aspek keselamatan susulan kebimbangan akan berlaku runtuhan susulan, manakala penduduk berhampiran kawasan terjejas dinasihatkan agar berwaspada dan menjauhi lokasi kejadian.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan