AM

MITRA Perakukan 45 Permohonan Geran PPSMI 2025 Setakat Ini

30/05/2025 05:43 PM

PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) -- Sebanyak 45 permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 fasa pertama telah diperakukan menerusi jawatankuasa Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan kini dalam fasa kelulusan oleh pejabat Perdana Menteri. 

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA P. Prabakaran berkata kesemua 45 permohonan itu melibatkan nilai RM40 juta bagi pelaksanaan aktiviti yang menyumbang secara langsung kepada peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat India. 

“MITRA menerima lebih 1,332 permohonan bagi PPSMI yang dibuka bermula pada 2 Dis 2024 hingga 5 Jan lepas. Daripada angka itu, sejumlah 1,073 permohonan ditolak kerana tidak menepati syarat wajib dan bakinya masih dalam peringkat penilaian bagi kelulusan fasa-fasa seterusnya,” katanya menerusi sidang media khas mengenai status PPSMI 2025 di sini hari ini.

Prabakaran berkata antara perkara yang menyebabkan permohonan ditolak ialah borang tidak lengkap, pemohon mengemukakan permohonan melebihi satu organisasi, individu diisytiharkan bankrap dan organisasi tidak mempunyai kapasiti atau pengalaman untuk melaksanakan program.

“MITRA menghargai kesabaran dan kerjasama semua pemohon memandangkan proses ini melibatkan tiga peringkat penilaian yang dilakukan secara telus dan penuh integriti,” katanya dan menambah keputusan mengenai permohonan PPSMI akan dimaklumkan selewat-lewatnya pada 30 Jun ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan