AM

Menteri Luar Thailand Tiba Untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

23/05/2025 10:25 PM

SEPANG, 23 Mei (Bernama) -- Menteri Luar Thailand Maris Sangiampongsa merupakan antara menteri Asia Tenggara yang tiba di Malaysia malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan yang bermula hari ini.

Pesawat membawa beliau bersama rakan sejawat dari Laos, Thongsavanh Phomvihane mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8.30 malam.

Sementara itu, Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan, dan Menteri Luar Indonesia Sugiono, dijadualkan tiba esok.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 akan berlangsung pada 26 dan 27 Mei di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, disusuli dengan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung kali diadakan.

Difahamkan, Perdana Menteri China Li Qiang akan mewakili negaranya dalam Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China.

Sidang Kemuncak ASEAN akan menghimpunkan para pemimpin negara anggota untuk membincangkan isu-isu serantau serta merangka hala tuju kerjasama pada masa hadapan.

Bertemakan ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, sidang kemuncak ini merupakan kali kelima Malaysia mempengerusikan ASEAN, selepas menjadi pengerusi pada 1977, 1997, 2005, dan 2015.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan