KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Memorandum Rang Undang-Undang (RUU) Perikanan (Pindaan) 2025 yang dirangka bagi memperkukuh perundangan dalam melindungi khazanah laut negara dan menjamin kebajikan nelayan dibentang dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata setiap cadangan pindaan bagi menambah baik pemantauan, penguatkuasaan, dan perlindungan ekosistem marin negara itu diperincikan beliau dalam mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Pindaan ini amat penting untuk memastikan kelestarian sumber laut negara dan kemampanan industri perikanan, yang menjadi satu daripada tunjang kepada keterjaminan makanan negara.
“Yang lebih utama, kita mahu pastikan undang-undang ini bukan sahaja melindungi khazanah laut negara, tetapi juga menjamin kebajikan nelayan serta semua pihak berkepentingan dalam sektor perikanan,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau.
Mohamad turut menzahirkan komitmen kementerian untuk terus memperkukuh dasar dan perundangan demi menjamin bekalan makanan negara sentiasa mencukupi, melindungi pemain industri agromakanan, khususnya nelayan, dan memelihara kelesterian sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial