AM

Perwakilan Diplomatik Diharap Terus Harumkan Nama Malaysia - Ahmad Zahid

30/10/2024 06:22 PM

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Ketua Perwakilan Diplomatik yang bakal memulakan tugas di luar negara dapat melaksanakan amanah mereka dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi.

Kata beliau hal ini penting bagi memastikan mereka terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

“Saya telah menerima kunjungan hormat daripada dua Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang akan memulakan tugas mereka di luar negara pada penghujung bulan ini iaitu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada Datuk Dr Shazelina Zainul Abidin dan Duta Besar Malaysia ke Algeria Rizany Irwan Muhamad Mazlan.

“Kami sempat bertukar-tukar pandangan mengenai ruang kerjasama yang boleh diteroka bagi memperkukuh hubungan dua hala terutamanya dalam sektor pelancongan, pendidikan dan industri halal,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Ahmad Zahid yakin dengan pengalaman luas kedua-dua Ketua Perwakilan Diplomatik itu, ia akan mewujudkan potensi pelaburan yang mampu dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak. 

Dalam pertemuan singkat itu, beliau turut mendoakan urusan Shazelina dan Rizany Irwan dipermudah dan perjalanan mereka ke destinasi masing-masing berjalan lancar.

-- BERNAMA 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan