PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) -- Fujifilm Malaysia hari ini melancarkan Jelajah Menyebar Senyuman sempena Hari Senyuman Sedunia selaras dengan misi global baharu Kumpulan Fujifilm, iaitu 'Memberikan Dunia Lebih Banyak Senyuman'.
Jelajah lima hari yang berlangsung hingga Ahad ini di IOI City Mall di sini, turut mendapat kerjasama daripada dua jenama terkenal, Baskin-Robbins dan Julie's Biscuits, bagi meraikan kegembiraan dan kebahagiaan yang dapat dinikmati oleh orang ramai.
"Di Fujifilm, seperti yang mungkin anda telah lihat sebelum ini, tujuan Kumpulan kami adalah ‘Memberikan Dunia Lebih Banyak Senyuman’. Ini lebih daripada sekadar tagline; ia merupakan prinsip panduan yang mendorong setiap tindakan kami.
“Ia membolehkan kami menyalurkan hasrat dan aspirasi kami ke dalam penciptaan serta penyampaian nilai yang luar biasa kepada masyarakat di sekeliling kami," kata Pengarah Urusan Fujifilm Malaysia Kensuke Aragane semasa berucap merasmikan Jelajah Menyebar Senyuman, di sini.
Jelajah tersebut menyediakan pelbagai aktiviti yang direka khas untuk mengangkat semangat dan melibatkan pengunjung dari pelbagai peringkat umur.
Para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti, termasuk permainan mini, memenangi ais krim dan hadiah menarik, serta mengabadikan momen yang mencerminkan inti pati kegembiraan dan perayaan.
Antara aktiviti menarik yang ditawarkan sepanjang berlangsungnya jelajah itu ialah Sesi Foto instax percuma dan ais krim edisi terhad dari Baskin-Robbins, 'Ghost Pepper Chocolate', yang menggabungkan rasa pedas dan manis.
Selama lebih 90 tahun, Fujifilm telah berkembang menjadi peneraju global dalam pelbagai industri seperti penjagaan kesihatan, bahan inovatif, inovasi perniagaan dan pengimejan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial