AM

Eksesais JCEX Thamal Kukuh Diplomasi Pertahanan Malaysia-Thailand

13/09/2024 10:53 PM

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Thailand meningkatkan hubungan diplomatik pertahanan menerusi Latihan Gabungan Bersama Thailand-Malaysia (JCEX THAMAL) kali keempat yang sedang berlangsung di negara jiran itu. 

Menurut Markas Angkatan Bersama (MK AB) eksesais sembilan hari bermula semalam, melibatkan 118 peserta Malaysia terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. 

 “Eksesais kali ini bertemakan Bantuan Kemanusian dan Bantuan Kecemasan (HADR), iaitu bantuan HADR diperlukan di sempadan antara Malaysia-Thailand dan akan dilaksanakan berkonsepkan Latihan Staf (STAFFEX) dan Latihan Lapangan (FTX).

“Persiapan sebegini menunjukkan cerminan hubungan kerjasama kedua-dua negara yang sentiasa diperkasakan dan diperkukuhkan dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat terjamin ketika situasi bencana alam,” menurut MK AB menerusi hantaran di Facebook MyJointForce hari ini. 

Eksesais berkenaan dirasmikan hari ini oleh Ketua Staf Gabungan Angkatan Tentera Diraja Thailand (RTARF) Jen Thitichai Tiantong dan Ketua Staf MK AB Mej Jen Datuk Khairul Anuar Abd Aziz di Pusat Latihan Bantuan Bencana (DRTC) Chacheongsao, Thailand. 

Turut hadir Asisten Ketua Staf (J5) Markas Angkatan Bersama Laksamana Pertama Muhammad Rodhi Arifin, Penasihat Pertahanan Malaysia di Thailand Brig Jen Samsul Rizal Musa dan Pengarah Pelaksanaan Operasi NADMA DCP Datuk Mazli Mazlan. 

Majlis hari ini turut menyaksikan taklimat pengoperasian HADR di Thailand dan pameran statik RTARF yang menampilkan aset dan peralatan digunakan semasa misi HADR.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan