JENAYAH & MAHKAMAH

Kereta Terjunam Dari Jambatan Setinggi 30 Meter, Pemandu Selamat

11/09/2024 12:13 PM

MELAKA, 11 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam dari atas Jambatan Syed Abdul Aziz setinggi kira-kira 30 meter di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 pagi semasa lelaki berusia 53 tahun itu sedang memandu kereta dari arah pusat bandar menghala ke Limbongan.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai terlelap ketika memandu, menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas ke bahu jalan dan melanggar penghadang, sebelum terjatuh ke bawah jambatan tersebut.

"Lelaki yang mengalami kecederaan di bahagian badan dan kaki kanan itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Christopher berkata polis sedang berusaha mengesan saksi kejadian dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan