EKONOMI

Perundingan Agihan Gas Asli Sarawak Masih Berterusan, Kata Petronas

10/09/2024 10:02 PM

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengulangi bahawa ia masih berunding dengan kerajaan persekutuan dan Sarawak serta Petroleum Sarawak Bhd (Petros), ke arah mencapai resolusi bersama berhubung pengagihan gas asli. 

Firma minyak negara itu melihat perkongsian menang-menang perlu diwujudkan berdasarkan pemahaman kekuatan dan kekangan masing-masing bagi mencapai resolusi yang holistik. 

“Pendirian kami ialah sebarang resolusi yang dibangunkan oleh semua pihak mesti mempunyai kepentingan terbaik negara dan tidak boleh menjejaskan kestabilan ekonomi negara,” kata Petronas dalam satu kenyataan hari ini.

Dilaporkan bahawa Petronas sedang mempertimbangkan untuk memfailkan injunksi mahkamah terhadap kerajaan negeri Sarawak berhubung hak pengagihan gas asli di Sarawak.

“Setakat ini, kami kekal komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memelihara iklim pelaburan yang kondusif serta berkembang baik di Malaysia,” kata Petronas.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan