SUKAN

SKUAD B-16 BELASAH TIMOR-LESTE 5-0

24/06/2024 12:26 AM

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C di Stadium Sriwedari, Surakarta, Indonesia malam ini.

Skuad bimbingan Javier Jorda Ribera itu mendahului 1-0 pada menerusi jaringan Izzuddin Afif Nazarudin pada minit ke-35 sebelum berjaya mencetak empat lagi gol pada separuh masa kedua.

Muhammad Fahmi Nor Farizamal menggandakan kedudukan pada minit ke-55 diikuti Muhammad Awal Wafiy Ahmad Syukri (minit ke-66) dan Arayyan Hakeem Norizam (minit ke-78) sebelum Muhammad Awal melengkapkan pesta gol pasukan negara dengan jaringan pada minit ke-89.

Skuad B-16 kebangsaan selepas ini akan bertemu Australia di venue sama Rabu depan sebelum menamatkan saingan kumpulan menentang Thailand pada Sabtu di Stadium Manahan.

Terdahulu, Thailand dan Australia seri tanpa jaringan pada satu lagi aksi.

Juara setiap kumpulan serta satu naib juara kumpulan terbaik layak ke separuh akhir pada 1 Julai, seterusnya aksi penentuan tempat ketiga dan final akan berlangsung pada 3 Julai.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan