LAHAD DATU, 29 Julai (Bernama) -- Polis menahan lima lelaki termasuk tiga anggota polis disyaki terlibat penyalahgunaan dadah dan ketum di sebuah rumah di Taman Harapan, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata kesemua yang berusia 24 hingga 38 tahun ditahan menerusi Op Tapis pada 11.30 pagi.
"Hasil penahanan mereka, polis merampas 0.41 gram syabu, 224 liter cecair ketum, 8.20 liter ubat batuk, satu pedang samurai serta enam parang, kesemuanya dianggar bernilai RM11,655.40,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua lelaki itu direman hingga 2 Ogos ini untuk siasatan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial