JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Buka Kertas Siasatan Susulan Kenyataan Palsu Kemangkatan Sultan Kelantan

13/07/2025 07:50 PM

KOTA BHARU, 13 Julai (Bernama) -- Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kenyataan palsu yang dimuat naik di media sosial yang mendakwa Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mangkat pada minggu lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata siasatan kes berkenaan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

"Individu terlibat membuat kenyataan palsu dengan mengatakan Sultan Kelantan meninggal dunia dan pihak saya telah membuat laporan polis dan siasatan kes diambil oleh USJT. 

“Individu yang memuat naik kenyataan tersebut juga sedang dikesan dan kes ini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948,” katanya kepada pemberita dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang individu membuat kenyataan palsu mengenai kemangkatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan