KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Pemain skuasy lelaki negara Addeen Idrakie, merangkul kejuaraan ketujuh dalam siri Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas muncul juara Terbuka Morrinsville di New Zealand, hari ini.
Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Addeen menewaskan rakan senegara Joachim Chuah dalam aksi lima set di Kelab Skuasy Morrinsville dengan keputusan 7-11, 11-9, 9-11, 11-8, 11-4.
Bagaimanapun, kemenangan pemain berusia 31 tahun itu sedikit tercalar apabila Joachim mengalami kecederaan ketika kedudukan terikat 4-4 pada set penentuan dan terpaksa meneruskan permainan dalam keadaan terhincut-hincut.
“Joachim beraksi dengan baik dan memberi tentangan sengit. Kali terakhir saya memenangi kejohanan ialah pada 2023 di Australia. Saya gembira dapat meraih gelaran semula selepas berehat lima bulan daripada skuasy,” katanya menerusi kenyataan SRAM.
Kejayaan itu merupakan gelaran ketujuh PSA buat Addeen, selepas kali terakhir menjuarai North Coast Open di Australia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial