AM

Rujuk Jabatan Mufti Jika Musykil Tentang Penganjuran Aktiviti

12/07/2025 11:34 PM

KUANTAN, 12 Julai (Bernama) -- Umat Islam disaran merujuk Jabatan Mufti untuk mendapatkan nasihat yang tepat berhubung sebarang kemusykilan termasuk aktiviti yang menggunakan nama motivasi, pembangunan diri dan spiritual.

Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata umat Islam juga diingatkan agar berhati-hati terhadap program yang menggunakan unsur metafizik dalam silibusnya yang tidak berasaskan ajaran Islam yang sahih. 

Dalam hal ini, beliau memaklumkan Sufisme Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berteraskan al-Quran, al-Sunnah dan turath ulama muktabar ialah jalan sebenar dalam memenuhi keperluan kerohanian umat Islam.

“Pendekatan psikospiritual dalam tasawuf yang melibatkan amalan seperti tazkiyah al-nafs, zikir, muraqabah, serta pengenalan terhadap maqam-maqam kerohanian, adalah alternatif yang seimbang dan sah untuk menangani kekosongan jiwa manusia moden. 

“la tidak hanya menjaga akidah tetapi juga mendidik jiwa agar kembali kepada Allah SWT dengan penuh adab dan rasa kehambaan,” katanya dalam kenyataan malam ini. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan