KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- MyEG Services Bhd (MyEG) hari ini mengumumkan pertukaran namanya kepada Zetrix AI Bhd berkuat kuasa 9 pagi, 3 Julai (Khamis).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata nama singkatan bagi sahamnya juga akan ditukar daripada MYEG kepada ZETRIX.
“Nombor saham kekal tidak berubah,” katanya.
MyEG merupakan pemegang konsesi bagi aplikasi utama MSC kerajaan elektronik Malaysia bagi membina, mengendalikan dan memiliki saluran elektronik bagi menyampaikan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada warganegara dan perniagaan Malaysia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial