KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Kakak kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Zainab Sabu meninggal dunia hari ini pada usia 76 tahun.
Perkara itu dimaklumkan Mohamad menerusi hantaran di Facebook hari ini.
“Allahyarhamah adalah seorang yang cukup penyayang, tabah dan banyak berkorban dalam kehidupan kami sekeluarga. Pemergiannya satu kehilangan besar yang amat dirasai.
“Pada ketika ini, saya sedang dalam perjalanan ke Rome (Itali) atas urusan rasmi kerajaan. Hati ini begitu berat kerana tidak dapat bersama keluarga pada saat-saat akhir pemergian arwah kakak tercinta,” katanya.
Presiden Parti Amanah Negara itu turut memohon orang ramai mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal ibadah dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.
“Terima kasih atas doa dan ingatan daripada semua. Al-Fatihah,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial