AM

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Pelajar UPSI Mangsa Nahas Bas

09/06/2025 02:37 PM

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak, awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan melalui tempoh yang amat sukar itu.

Dalam hantaran tersebut, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar mangsa yang sedang mendapatkan rawatan di hospital diberikan kesembuhan segera.

Terdahulu, Pusat Kawalan Operasi Daerah Angkatan Pertahanan Awam Hulu Perak dalam kenyataan memaklumkan sekurang-kurangnya 15 maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat Banun, berdekatan Tasik Banding, Gerik awal pagi tadi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan