BERITA TERGEMPAR | Malaysia and ASEAN should continue to engage, attract investors from the United States, Europe and China without being forced to take sides -- PM Anwar | |
KOTA BHARU, 7 Dis (Bernama) -- Polis mengesahkan tiada sebarang aktiviti yang menggunakan bahan letupan atau kebakaran hingga kononnya berlaku letupan dan gegaran kuat di Kampung Kelaweh, Machang hari ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata polis ada menerima maklumat itu daripada seorang lelaki yang ketika itu berada di beranda rumahnya di kampung tersebut dan mendakwa terdengar bunyi kuat di ruang udara dipercayai sebuah pesawat jet pada 1.30 pagi tadi.
Beliau berkata pada 9.15 pagi tadi, polis mengesan beberapa komen di laman sosial berkaitan letupan dan gegaran itu yang telah menjadi tular.
"Kejadian itu tidak ada dan orang ramai dinasihatkan agar jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh menggusarkan masyarakat berkaitan sesuatu yang tidak benar," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial