KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam lawatan rasmi empat hari ke Rusia.
Ahmad Zahid berkata mesyuarat berjalan lancar dengan tumpuan diberikan kepada perkara yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhan.
“Setiap perbincangan dan keputusan diambil secara kolektif agar dapat membawa kebaikan yang berpanjangan untuk negara kita.
“Insya-Allah, segala amanah yang digalas akan terus saya pikul dengan tekad dan iltizam demi Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Semalam Anwar tiba di Moscow untuk lawatan rasmi hingga 16 Mei, atas undangan Presiden Rusia Vladimir Putin dan diberi Kawalan Kehormat sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2, Moscow pada 6.26 petang waktu tempatan (11.26 malam waktu Malaysia).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial